MAKAN SUPPLEMENT KENA MINUM BANYAK AIR?

Assalamualaikum semua! :)


Customer 1: Kak, makan supplement ni kena banyak minum air kan?

Customer 2: Sis, kalau minum air tak cukup bila amik supplement ni takpe ke?

Customer 3: Saya susah la nak minum air masak. Boleh ke amik supplement?

Ni antara soalan famous customer tanya bila nak start nak mengamalkan supplement! Saya dulu pon sama jugak. Tertanya-tanya jugak pasal benda ni! So saya start google kepentingan pengambilan air semasa mengamalkan supplement dan berapa jumlah air yang patut diminum :)

Rasanya semua orang tahu yang pengambilan ni sangat penting & boleh berubah mengikut keadaan iklim kita kat Malaysia ni. Keadaan kat Malaysia yang boleh dikatakan sangat panas ni memang memerlukan kita sentiasa dalam keadaan hidrat supaya kita kekal cergas & sihat sepanjang hari.

Dari segi pengambilan supplement pulak, memang kami akan menggalakkan korang semua supaya minum air sebanyak 3 liter sehari sekurang-kurangnya! Bagi mereka yang memang jenis suka air masak, memang tak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang jarang atau tak suka minum air masak?

Bukan setakat kurang minum air je akan memudaratkan atau menyebabkan dehidrasi, tetapi terlebih minum air pon tidak elok juga untuk sistem dalaman kita.

So untuk memastikan badan kita cukup dengan sukatan pengambilan air masak yang betul, wajiblah untuk kita tahu secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum sehari-hari.



Haaaaa korang boleh rujuk jadual ni bagi memudahkan korang tahu secara tepat berapa banyak air yang korang perli minum dalam satu hari :)

Persoalan kenapa bila makan perlu minum banyak air tu adalah kerana kebiasaannya pil-pil supplement ni mengandungi kandungan vitamin dalam dos yang tinggi atau pekat. Bila kita menelan pil ni, ianya akan berkecai di dalam di dalam salur pencernaan kita dan seterusnya, vitamin-vitamin ni akan memasuki salur darah kita

Jadi, jika jumlah air yang kita minum tu sedikit, kandungan darah kita akan menjadi terlalu pekat & ini akan menyukarkan vitamin tersebut untuk diserap oleh sel-sel badan kita.

Kalau korang nak tahu, pengambilan supplement ni juga sebenarnya membantu untuk membaiki sel-sel badan kita dan menyingkirkan toksin dari badan. Air yang banyak sangat diperlukan untuk mengangkut toksin-toksin tadi keluar dari badan kita.

Jika badan kita kekurangan air akan menyebabkan toksin terus tersimpan dalam badan & boleh menyumbang kepada masalah healing crisis (krisis penyembuhan).

So, korang boleh nampak tak kenapa perlunya air yang banyak semasa korang ambil supplement?

Lepas ni, korang boleh la rujuk jadual kat atas tu kalau nak tahu berapa banyak air yang korang perlu minum taw! :)

Camne nak bagi korang cukup jugak pengambilan air dalam sehari? Apa kata korang cuba buat camni:

  • Bangun tidur pagi ambil segelas air masak : 250 ml
  • Selepas mandi pagi atau lepas Solat Subuh minum lagi segelas: 250ml
  • Semasa kat ofis atau kelas, make sure dah minum 1L sebelum masuk waktu lunch dan 1L selepas lunch/waktu ofis
  • Balik kerja atau kelas, minum lagi segelas: 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas: 250ml

Cukup dah 3L! Yeayyyy! Tu pon tak termasuk air korang minum masa nak telan supplement tu! Hehehe. Kalau hari-hari amalkan camni, boleh jadi habit ni. Silap-silap rasa tak senang duduk kalau tak minum air masak! Hihihi

Camne nak tahu pengambilan air dah cukup pulak?

  1. Urin colourless/jernih
  2. Jarang merasa dahaga

Banyak lagi sebenarnya kepentingan kita minum air yang cukup ni. Bukan setakat bila ambil supplement je. Antaranya ialah:

  • Melawaskan sistem pembuangan atau mengelak sembelit
  • Mengurangkan keletihan
  • Mengelakkan sakit kepala dan migrain
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menurunkan berat badan
  • Memperoleh kulit yang cantik

Sekian coretan daripada saya! Terima kasih :)

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan supplement Shaklee, boleh terus hubungi saya

TRUSTED SID,
Wani
0149319316

Facebook: Nuruzawani Che Ab Rahman
Instagram: @nuruzawani

COD AREA: Bukit Kayu Hitam, Changlun, Jitra, Alor Setar dan kawasan sekitar






Comments

  1. asalamualaikum sis saya ada ambil vitamin c jugak tapi klaw minum lebih 3 liter sehari tetapi berat bdan hanya >45kg tak berbahaya ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IBU MENYUSU TAKE NOTE!

VIVIX BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN KE?