IBU MENYUSU TAKE NOTE!
Assalamualaikum wbt. Hari ni rasa terpanggil untuk dengan semua mommies kat luar sana yang sedang menyusukan bayi termasuk diri saya sendiri. Ramai di antara kita yang tak gemar amalkan makan buah kan? Tapi hari ni saya nak share berkenaan dengan buah-buahan yang sangat digalakkan untuk ibu menyusu ambil & amalkan bagi membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, menambahkan tenaga, menaikkan mood, menstabilkan emosi dan sebagainya. Antara buah-buahan tersebut adalah: 1. Buah Betik # Sebagai tonik tambahan # Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai gangguan perut dan penghadaman makanan. 2. Buah Aprikot # Meningkatkan produksi susu # Merupakan makanan yang dapat mencetuskan timbulnya hormon yang akan memperbanyakkan air susu dan dapat meningkatkan cecair dan metabolisma di dalam badan 3. Buah Avokado # Penurunan berat badan # Dengan me...